Wednesday 30 March 2011

PENGENALAN

PD Batik   merupakan anak syarikat kepada Pointing Device (M) Sdn Bhd  (363623-A).
Ditubuhkan pada tahun 1995 dengan Modal Berbayar sebanyak RM100,000.00. Syarikat ini  diterajui oleh En. Zakaria Idris yang telah berkecimpung selama 30 tahun di dalam dunia perniagaan. Selain itu, Pointing Device (M) Sdn Bhd  juga merupakan salah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah  Kraftangan Malaysia ( ID: 10-02-25) sebagai pengusaha batik tekstil.
Justeru, PD Batik  ditubuhkan atas dasar untuk melestarikan batik canting sebagai satu warisan tradisional Masyarakat Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.
Berbagai aktiviti telah dirancang, disediakan dan dilaksanakan demi merealisasikan program ini. Pembangunan dan penambahbaikan prasarana program juga dilaksanakan secara berperingkat seiringan dengan setiap aktiviti yang  telah dijalankan.
Oleh itu besarlah harapan kami di PD Batik   agar program batik canting ini sebagai satu warisan tradisional Masyarakat Melayu mendapat sokongan padu dari berbagai agensi kerajaan dan swasta demi Pembangunan Individu, Masyarakat dan mengembangkan  Usahawan Kraf serta  melahirkan Generasi Celik Kraf pada masa hadapan.




 

No comments:

Post a Comment