Wednesday, 1 June 2011

Warna Warni Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 27 – 29 Mei 2011



Prinsipal PD Batik menerima sokongan padu oleh 
Y.Bhg.Dato' Seri Ahmad Shaberi Chik
Pd Batik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg Dato’ Seri Ahmad Shaberi Chik, Y. Bhg. Dato’ Seri Ismail Saberi b. Ismail, penyanyi dan pelopor Akademi Tatihseni ,Noraniza Idris, crew RTM, GBC serta para belia yang telah sudi membuat sentuhan seni di atas banner Lorong Seni Putrajaya sempena sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan dan unit promosi KBS yang telah sudi mengundang PD Batik  untuk memeriahkan Booth Craft di Lorong Seni Putrajaya.

Walaupun keletihan yang amat sangat tetapi ianya sangat berbaloi apabila booth kami sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari berbagai golongan terutamanya golongan belia dari dalam dan luar negara.

Terima kasih kepada semua!
Hubungi kami untuk maklumat bengkel dan pakej usahawan kami.

`PD Batik   Melestarikan Batik Canting Sebagai Satu Kraf  Warisan  Traditional Masyarakat Melayu’



Sentuhan Seni oleh Y.Bhg Dato' Seri Ahmad Shaberi Chik


 
Y.Bhg. Dato' Seri Ismail Saberi Yaakob juga turut membuat sentuhan seni

Lintas langsung dari Studio di Bangunan KBS, Putrajaya


Sentuhan seni oleh Noraniza Idris

Artis baru dari Indonesia turut  mencanting batik 
  

Personaliti RTM tunjuk bakat...

 Dalam Bilik Media pun boleh mewarna......

 
                                    Kanak-kanak pun seronok mewarna batik.                  


Kumpulan GBC turut teruja mencanting logo GBC dan mewarna batik.
 














No comments:

Post a Comment